Tuesday, 5 April 2011

SMK SUNGAI BAGING

*SMK Sungai Baging terletak 36 km dari Bandar Kuantan.
*Pada 24 Oktober 2004 Tn Hj Mohd Bin Sidek telah diarahkan oleh PPD Kuantan sebagai Caretaker untuk memulakan sesi persekolahan 2005.
*Mesyuarat Kali Pertama dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd sebagai Caretaker sebelum kehadiran Pengetua.
*Kehadiran guru dalam mesyuarat pertama ialah seramai 7 orang
*Sekolah mula dibuka pada 1Januari 2005.
*Sesi Persekolahan bermula pada 3 Januari 2005.
*Persatuan ibu bapa dan guru SMK Sungai Baging diluluskan penubuhannya pada 17 Mei 2005.
*Pengerusi Penaja PIBG SMK Sungai Baging ialah Tn Hj Awang Teh Bin Ismail
*Bilangan guru di awal penubuhan ialah seramai 11 orang dan bertambah kepada 20 orang pada 31 Januari 2005
*SMK Sungai Baging mula menerima kemasukan pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 seramai 431 pelajar dari SMK Pelabuhan, Kuantan dan SMK Geliga Kemaman, Terengganu.
*Staf sokongan pula terdiri dari seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal
*Pengetua Pertama Pn Hajjah Rokiah Binti Ibrahim mula melapor diri pada 16 Januari 2005